B.MALAYSIA | ENGLISH
     
Tema        
Warna Huruf        
 
 
 
 
PAUTAN JKR
KSKKR Hulu Perak
Jumlah Pelawat
Hari ini 36
Semalam 75
Minggu ini 245
Minggu lepas 566
Bulan ini 1776
Bulan lepas 2337
Jumlah 41995
  • Selamat Datang Ke Portal Rasmi Jabatan Kerja Raya Daerah Hulu Perak, Perak Darul Ridzuan
 
 

Mengenai Kami

 

Jabatan Kerja Raya [JKR] Daerah Hulu Perak adalah sebuah jabatan teknikal yang terbesar di Daerah Hulu Perak. JKR Hulu Perak merupakan sebuah agensi pelaksana projek-projek pembangunan prasarana dan kemudahan awam untuk Kerajaan Negeri dan Persekutuan.

JKR Hulu Perak diterajui oleh seorang Jurutera Daerah iaitu Ir. Roslan Bin Mohd Salleh. Beliau mula berkhidmat di JKR Hulu Perak bermula May 2013. Beliau dibantu oleh 3 orang Jurutera iaitu, Jurutera Jalan, Jurutera Bangunan dan Jurutera Senggara. Di samping itu, JKR Hulu Perak juga dibantu oleh 4 orang Penolong Jurutera dari pelbagai bahagian. JKR Hulu Perak kini mempunyai 129 Pegawai dan Kakitangan dari Kumpulan Pengurusan Professional dan Sokongan yang terdiri daripada kakitangan negeri dan persekutuan.

JKR Hulu Perak sebelum ini beroperasi di Bangunan Gunasama Negeri Perak yang terletak bersebelahan Mahkamah Daerah Gerik. Kini JKR Hulu Perak beroperasi di bangunan baru yang terletak di Jalan Suda Utama, Air Suda, Gerik. Bangunan baru yang bernilai RM 3.6juta mula diduduki pada 2008 dan telah dirasmikan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak pada 6 Julai 2010.

Daerah Hulu Perak mengandungi 3 Daerah kecil, merangkumi keluasan 85128.79 hektar dari Daerah Kecil Lenggong, Daerah Kecil Gerik hingga ke Daerah Kecil Pengkalan Hulu. Panjang keseluruhan jalan yang diselenggara oleh JKR Hulu Perak ialah 355.219 kilometer, merangkumi jalan negeri dan jalan persekutuan.

 
   
   
   
   
   
   

 

  

  

 

  

  

 
Kalendar
Bancian
Apakah pendapat anda terhadap laman web Jabatan Kerja Raya Daerah Hulu Perak ?


Arkib
Galeri

   video    foto    audio

Media Sosial

     facebook-kementerian        facebook-JKR malaysia       RSS

Hak Cipta Terpelihara © 2013 Jabatan Kerja Raya Daerah Hulu Perak.
Peta Laman | Kenyataan Penafian | Dasar Privasi | Soalan Lazim | Bantuan

JABATAN KERJA RAYA DAERAH HULU PERAK
Pejabat Jurutera Daerah, JKR Hulu Perak, 33300 Gerik, Perak, Malaysia.

Tel: 605-7911040/7911009 Faksimili: 605-7912033  Toll Free: 1-800-88-3377
Email :admin@jkrperak.gov.my

Paparan terbaik pada resolusi 1024px x 768px menggunakan :
Internet Explorer 8++ Mozilla Firefox 10++ Google Chrome 

Kemaskini Terakhir : Khamis, 27 November 2014