Perutusan Jurutera Daerah

 

Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia.


Pertama sekali saya ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada pihak jawatankuasa IT kerana berjaya menyiapkan Laman Web Rasmi JKR Daerah Hulu Perak ini. Laman web ini berjaya mengikut Pekeliling Am Bil 1 Tahun 2006, Pengurusan Laman Web/Portal Sektor Awam.


Dalam menghadapi era pembangunan yang semakin mencabar, Jabatan Kerja Raya Daerah Hulu Perak sentiasa menilai dan melakukan penambahbaikan bagi meningkatkan lagi tahap keberkesanan kerja. Transfomasi Kualiti Teras 1 Malaysia merupakan tonggak dalam menjayakan gagasan negara, 1 Malaysia: Rakyat Didahulukan, Percapaian Diutamakan.


Diharap dengan adanya laman web ini dapat memberi serba sedikit maklumat yang diperlukan berkenaan dengan JKR Daerah Hulu Perak. Akhir kata, saya berharap tuan/puan akan mendapat manafaat atas daya usaha murni ini.


Sekian, terima kasih.

 

 

Ir. Andy Surin a/l Khoo Ah Chai
Jurutera Daerah
JKR Daerah Hulu Perak 

Offcanvas

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.